Selangor Journal

Persiap jentera parti, KEADILAN fokus perbincangan satu lawan satu

OLEH ERMIZI MUHAMAD
GOMBAK, 11 SEPT: KEADILAN sedia mempersiapkan seluruh kekuatan jentera parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum 14 (PRU14), kata Timbalan Presidennya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, tumpuan dan fokus jentera parti untuk memastikan Umno-Barisan Nasional ditumbangkan sekali gus mandat pemerintahan beralih kepada komponen pembangkang.
Bagaimanapun katanya, fokus tersebut turut tertumpu kepada perbincangan rapat bersama rakan pembangkang ke arah permuafakatan menjelang PRU depan.
“Kami bersedia dengan gerak kerja di peringkat akar umbi, cabang dan negeri terhadap sebarang kemungkinan PRU dalam masa terdekat ini.
“Untuk tempoh ini saja kita terus mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan pembangkang, Parti Bersatu dan hubungan kita bersama PAS.
“Namun pilihan itu tetap ada untuk pastikan pertembungan satu lawan satu kerana saya sentiasa optimis ke arah itu,” katanya.
Beliau mengulas laporan media antarabangsa, Bloomberg yang memetik Ketua Bahagian Umno yang tidak dinamakan bahawa PRU akan diadakan awal tahun ini.
Namun sehingga kini, tiada sebarang maklumat lanjut atau mana-mana pimpinan tertinggi Umno tampil mengulas berhubung dakwaan tersebut.
Bercakap lanjut, Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, permuafakatan dalam gabungan pembangkang boleh dicapai demi manfaat rakyat.
“Saya kira (permuafakatan) boleh dicapai menerusi suatu pembincangan dan muafakat atas kepentingan dan kerangka lebih besar, bagi melakukan perubahan di peringkat negara,” katanya.
EZY

Top Picks

Student dies after collapsing during cross-country run

Govt mulls investor-friendly policies that support AI development 

MCE’s new auto hub in Serendah to propel growth of automotive industry

Editor Selangor Journal