Selangor Journal

Siasatan pencemaran air Sungai Semenyih diteruskan

OLEH: ELIZABETH WONG
KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Pencemaran bau di Sungai Semenyih yang telah mengakibatkan henti tugas sementara loji rawatan air Semenyih sebanyak tiga kali dalam tempoh 48 jam telah bermula beroperasi sejak 2:30 petang pada 24 September 2016.
semenyih-river-investigation
Sepanjang tempoh 50 jam, tiada pencemaran bau dikesan sejak loji rawatan air beroperasi semula. Sehingga 5:00 petang hari ini, bekalan air telah pulih di hampir semua kawasan yang terlibat:
Tarikh 26-Sep-16
Status 5:00 PM
Kawasan/% Pemulihan
Petaling 78%
Hulu Langat 83%
Sepang 99.6%
Kuala Langat 99%
Bekalan air bantuan akan terus dihantar menerusi lori tangki ke baki kawasan yang terjejas sehingga pemulihan sepenuhnya pada 28 September 2016.
Air Selangor bersama-sama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan penyiasatan untuk mengenalpasti punca pencemaran 24 jam sehari sejak 22 September 2016. Pasukan ini akan terus menyiasat sehingga punca pencemaran dikenalpasti dan dibawa ke pengadilan.
Di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, penalti, jika tersabit kesalahan di mahkamah undang-undang, adalah denda maksimum RM100 ribu dan/atau 5 tahun penjara. Di samping itu, jika ia perniagaan atau premis yang didapati adalah punca pencemaran, pihak berkuasa tempatan akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi. Tiada rayuan akan dipertimbangkan kerana kejadian ini telah mengakibatkan kesusahan kepada pengguna di Selangor.
Media massa telah meminta komen kita terhadap tuduhan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Noh Omar hari ini, semasa temuramah beliau dengan media pagi ini di Semenyih. Kerajaan Negeri tidak ingin membuang masa dengan politik murah oleh orang yang berniat tidak baik dan fokus kepada dua perkara, iaitu pemulihan sepenuhnya bekalan air di kawasan yang terlibat dan mengenalpasti serta pendakwaan ke atas pesalah yang terlibat. Air Selangor, LUAS dan JAS telah bertindak ke atas isu ini sejak ia dikesan dan berjaya mengoperasi loji rawatan air sepenuhnya sejak petang Sabtu. Segala pujian kepada agensi-agensi ini atas pencapaian ini.
Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

Top Picks

MOT eyes completion of KLIA aerotrain project by year-end

MACC freezes accounts of businessman with ‘Tan Sri’ title

Editor Selangor Journal

Bukit Aman CCID eyes higher prosecution rate in 2024

Editor Selangor Journal