Selangor Journal

Three more Johor Umno assemblymen to join opposition?

OLEH ERMIZI MUHAMAD
PUTRAJAYA, 12 OKT : KEADILAN Johor mendakwa tiga lagi wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno bakal menyertai komponen pembangkang, sekali gus mengukuhkan lagi kekuatan gabungan itu di Johor.
ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah, berkata pengumuman mengenainya bakal diumumkan dalam masa terdekat.
“Kami mengambil maklum bahawa ada tiga lagi ADUN dari Umno akan menyertai kita dan meninggalkan Umno.
“Ini satu petanda baik yang akan meruntuhkan lagi tiang seri Umno di Johor.
“Untuk tempoh ini kita masih lagi menunggu masa sahaja untuk membuat pengumuman itu nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bebas Anwar di Perkarangan Istana Kehakiman, di sini pagi ini.
Jimmy berkata, sokongan masyarakat Johor terhadap gabungan pembangkang kini semakin kuat dengan penyertaan lebih ramai penyokong Umno dalam program-program pembangkang.
Terdahulu, Umno Barisan Nasional buat kali pertamanya hilang majoriti 2/3 kerusi Dewan Negeri, selepas Ahli Dewan Negeri Jorak, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh mengumumkan penyertaannya bersama Parti Bersatu, yang dinaungi , Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tindakan itu sekali gus menafikan penguasaan besar Umno di negeri asal penubuhan Parti Ketuanan Melayu itu.
EZY

Top Picks

IWK among top leaders for SDG6 Pledge at 2024 Global Water Summit 

Important announcements relating to DNB tomorrow — Fahmi

No rejecting passport renewals based on BM fluency, Immigration DG tells officers