Selangor Journal

Tun M: Government using ‘paid thugs’ to create chaos

OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) didakwa menggunakan samseng berbayar untuk mencetuskan huru-hara supaya keadaan sekuriti boleh diisytiharkan mengancam keselamatan negara, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, cara itu membolehkan Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan undang-undang sekuriti baru yang memberi kuasa menangkap dan mengurung sesiapa sahaja.
“Jika tidak kerana polis, baju merah akan menyerang penunjuk perasaan baju kuning tetapi mereka takut apabila melihat puluhan ribu baju kuning sedangkan mereka tidak sampai seribu.
“Tangkapan pemimpin baju kuning tidak berjaya melumpuhkan semangat penunjuk perasaan baju kuning, sebaliknya lebih ramai menyertai demo baju kuning kerana marah kepada kerajaan,” katanya dalam artikel bertajuk ‘Najib Kleptokrasi’ di blog Chedet.
Tun Mahathir berkata, walaupun jurucakap Najib boleh cuba memperkecilkan perhimpunan BERSIH 5, namun Perdana Menteri itu tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa beliau sangat dibenci rakyat.
Beliau turut menggesa penyokong dan ahli Umno supaya sedar bahawa Najib adalah individu yang bertanggungjawab menghancurkan parti mereka.
“Ya, rasuah berbillion akan diguna dalam pilihan raya tetapi duit seberapa banyak pun tidak boleh membeli sokongan rakyat yang amat benci Najib dan UMNO, MCA, MIC juga BN,” katanya.
-AA-

Top Picks

PM rubbishes claims opposition MPs must back him for allocation

Batik Air suspends operations to Istanbul effective May 1

Malaysia expresses disappointment after veto blocked Palestine’s UN membership