OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 6 DIS: Orang awam khususnya anak muda disaran mendaftarkan diri sebagai pemilih sebelum 31 Disember ini.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Elizabeth Wong berkata, pendaftaran segera ini melayakkan mereka mengundi jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan selepas Jun 2017.
“Kita menggesa khususnya pengundi muda untuk mendaftar sebelum 31 Disember bagi melayakkan mereka mengundi jika PRU-14 diadakan selepas Jun 2017.
“Kita sudah mendaftarkan lebih 2,000 pengundi baru selama dua hari berada di pusat membeli belah One Utama sementara lebih 300 yang lain menukar alamat.
“Jangan buang masa, pergi ke pejabat pos berdekatan untuk mendaftar. Jangan lakukannya pada saat akhir,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam kenyataannya berkata mana-mana individu yang mendaftar dalam tempoh bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2016 dimasukkan dalam Daftar Pemilih Tambahan bagi suku keempat 2016.
=EZY=
