Selangor Journal

Keluarga penerima pertama Anugerah Bill Kayong

OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 21 MEI: Keluarga Allahyarham Bill Kayong menjadi penerima pertama ‘Anugerah Bill Kayong’ pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-12 KEADILAN.
Anugerah itu disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada adik Allahyarham Bill Kayong, Davy Kayong sambil disaksikan anak Allahyarham Bill, Zinadine Zidane.
Davy dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada KEADILAN kerana menghargai jasa Allahyarham abangnya.
Allahyarham Bill turut meninggalkan seorang balu, Hasyikin Hatta dan seorang lagi anak perempuan, Veralyna.
Dr Wan Azizah dalam Ucapan Dasar Presiden pada sebelah pagi turut merakamkan penghargaan kepada Allahyarham Bill Kayong yang selama ini berjuang mempertahankan keadilan tanah adat NCR daripada dirampas pihak berkepentingan.

Anugerah Bill Kayong hargai pejuang rakyat


=EZY=

Top Picks

Traffic slowing down on several major highways — LLM

MOT eyes completion of KLIA aerotrain project by year-end

MACC freezes accounts of businessman with ‘Tan Sri’ title

Editor Selangor Journal