Selangor Journal

MB: Ekonomi Selangor terus unggul

OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 24 OKT: Selangor bukan sahaja kekal sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tetapi turut mencipta peluang pekerjaan tertinggi dalam Malaysia.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sebanyak 367,569 peluang pekerjaan disediakan menerusi 4,790 projek pembuatan sejak 1999 hingga suku kedua tahun ini.
Katanya, negeri itu juga menyediakan 3.2 juta tenaga kerja daripada 6.14 juta populasi.
“Selangor akan menjadi lebAZMINih hebat jika kita melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap rakyatnya. Diakui KDNK itu penting, tetapi pengagihan kekayaan negeri yang adil juga sama penting,” katanya ketika perasmian pembukaan Selangor International Expo 2016 di Seri Kembangan, baru-baru ini.
Selangor mendahului senarai enam negeri penyumbang utama KDNK 2015 berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada 30 September lalu,
Negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dengan 15.1 peratus, Sarawak (10 peratus), Johor (9.3 peratus) dan Sabah serta Pulau Pinang masing-masing 6.6 peratus.
Bagi sektor pembinaan, Selangor terus unggul menyumbang 31.8 peratus berbanding WP Kuala Lumpur dengan 24.4 peratus dan Johor (12.3 peratus).
Selain itu, Selangor juga penyumbang terbesar dalam sektor pembuatan dengan sumbangan 28.9 peratus diikuti Pulau Pinang (12.8 peratus) dan Johor (12.4 peratus).
Selangor turut mendominasi sektor perkhidmatan dengan sumbangan 25.1 peratus diikuti rapat WP Kuala Lumpur dengan 24.8 peratus.
-NFN-

Top Picks

Landslide: Selangor Sultan, Tengku Permaisuri offer condolences to victim’s families

Editor Selangor Journal

Experts tell parents to worry about effects of Covid-19, not vaccine, on their children

Editor Selangor Journal

Taman Templer community, teens to get 500 vaccine doses this Sunday

Editor Selangor Journal