Selangor Journal

Delegasi Selangor temui pengurusan tertinggi Toyota

JEPUN 27 NOV: Delegasi Kerajaan Selangor di Nagoya, Jepun meneruskan misi pelaburan dua hari terakhir ini dengan pertemuan bersama pengurusan tertinggi Toyota.
Bermula seawal pagi tadi, delegasi Kerajaan Negeri dibawa ke Toyota Commemorative Museum of Industry & Technology dan Toyota Automobile Museum.
Delegasi kemudiannya dibawa ke Toyota Ecoful Town untuk melihat pembangunan Smart City yang dibangunkan oleh Toyota.
Esok, delegasi akan dibawa melihat Toyota Motomachi Plant & Toyota Kaikan sebelum pertemuan bersama pengurusan tertinggi Toyota Motor Corporation bagi membincangkan prospek pelaburan akan datang di Selangor.
Awal tahun lalu, Toyota Motor telah bersetuju dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion di Bukit Raja, Klang.
=EZY=

Top Picks

Landslide: Selangor Sultan, Tengku Permaisuri offer condolences to victim’s families

Editor Selangor Journal

Experts tell parents to worry about effects of Covid-19, not vaccine, on their children

Editor Selangor Journal

Taman Templer community, teens to get 500 vaccine doses this Sunday

Editor Selangor Journal