Selangor Journal

Belanjawan 2017 Selangor lebih baik dari Persekutuan, bela nasib rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB
KAJANG, 23 OKT: Kerajaan Negeri dijangka membentangkan Belanjawan 2017 yang lebih baik berbanding belanjawan Kerajaan Persekutuan dikemukakan Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata dengan hasil negeri yang meningkat saban tahun, Kerajaan Negeri mampu menawarkan belanjawan sebegitu untuk kemajuan rakyat dan negeri.
“Kalau Kerajaan Persekutuan tidak mampu menunjukkan bagaimana, kita akan tunjukkan demi menjaga dan membela nasib rakyat.
“Saya yakin Belanjawan 2017 akan dibentang Dato’ Menteri Besar (Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali) pada 31 Oktober ini lebih baik daripada tahun ini malah juga bagus daripada Belanjawan 2017 Kerajaan Persekutuan,” katanya kepada SelangorKini, di sini, hari ini.
Beliau berkata, dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, pembentangan belanjawan dibuat Perdana Menteri adalah kurang menyakinkan dan didakwa tidak mampu memenuhi janji ditawarkan.
Dalam sidang Dewan Rakyat, Jumaat lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2017 dengan peruntukan RM260.8 bilion iaitu peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Belanjawan 2016.
Daripada jumlah itu, RM214.8 bilion (82 peratus) adalah bagi perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion (18 peratus) pula untuk perbelanjaan pembangunan.
EZY

Top Picks

Landslide: Selangor Sultan, Tengku Permaisuri offer condolences to victim’s families

Editor Selangor Journal

Experts tell parents to worry about effects of Covid-19, not vaccine, on their children

Editor Selangor Journal

Taman Templer community, teens to get 500 vaccine doses this Sunday

Editor Selangor Journal