Selangor Journal

Ekspo Antarabangsa Selangor 2017 bakal tarik pelaburan lebih tinggi

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN
SERDANG 23 OKT: Ekspo Antarabangsa Selangor 2017 dijangka berkembang tiga kali ganda berbanding tahun ini seterusnya mendatangkan pelaburan lebih besar.
Exco Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim, berkata ekspo itu bakal berlangsung selama sepuluh hari bermula 7 hingga 17 September 2017.
“Kita mengharapkan kualiti lebih baik dan transaksi perniagaan lebih besar pada tahun hadapan.”
“Sejurus itu menjadikan Selangor sebagai hab perdagangan global yang terkenal terutama di peringkat Asia”, katanya yang ditemui pada Majlis Penutupan Ekspo Antarabangsa Selangor 2016, semalam.
Tambahnya, jumlah pelawat tahun ini bertambah dua kali ganda dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung berbanding 4,000 pada tahun lepas.
“Transaksi RM50 juta dicatatkan tahun lepas, dan kita mengharapkan transaksi lebih tinggi tahun ini memandangkan jumlah penyertaan peserta bertambah 40 peratus,”katanya.
Chang Kim berkata, Ekspo Antarabangsa Selangor dijangka terus menjadi acara utama dalam kalendar pedagangan dan pelaburan di Selangor.
Ekspo itu menyaksikan penglibatan sebanyak 565 gerai pameran dari seluruh dunia termasuk China,Jepun,Turki, Perancis dengan fokus utama tertumpu kepada tiga industri iaitu halal, e-dagang dan sains hayat.
Sebelum ini, Ekspo Antarabangsa Selangor 2016 menyasarkan keuntungan sebanyak RM100 juta.
EZY

Top Picks

Landslide: Selangor Sultan, Tengku Permaisuri offer condolences to victim’s families

Editor Selangor Journal

Experts tell parents to worry about effects of Covid-19, not vaccine, on their children

Editor Selangor Journal

Taman Templer community, teens to get 500 vaccine doses this Sunday

Editor Selangor Journal