Selangor Journal

Tun M: Resolve 1MDB, Bandar Malaysia crisis

OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM, 19 MEI : Jika pentadbiran PAKATAN berjaya mengambilalih tampuk kepimpinan negara, fokus utama adalah menyelesaikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bandar Malaysia dengan memastikan skandal itu tidak berulang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata demikian sebagai jaminan pengurusan pentadbiran negara diurus kerajaan bersih dan telus tanpa berlakunya sebarang agenda penyelewengan dana kerajaan.
“Kita (PAKATAN) bukan sahaja akan berusaha supaya 1MDB dan Bandar Malaysia tidak berulang tetapi mencari cara untuk atasi masalah dan punca penyalahgunaan wang itu.
tun-m“Kita ada idea untuk selesaikan masalah itu kerana tahu duit berkenaan ada di mana dan tentulah akan kejar orang yang pegang duit untuk ia dipulangkan semula.
“Walaupun tidak dapat semua, tetapi saya percaya sebahagian dana itu boleh kita dapatkan dan pentingnya krisis ini tidak berlaku lagi,” katanya pada sesi siaran langsung di Facebook miliknya, hari ini.
1MDB adalah syarikat milik kerajaan Malaysia yang ditunjangi Datuk Seri Najib Razak sekitar 2009 melalui pengamblialihan Lembaga Pelburan Terengganu yang ditubuhkan, pada 2008.
Pengambilalihan oleh kerajaan bertujuan untuk urusan kerja merangkumi sektor pelaburan ‘sovereign wealth fund’ iaitu perniagaan berkaitan pelaburan milik negeri atau negara.
Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan wujudnya urusniaga penggubalan wang haram 1MDB melalui pembabitan Jho Low dan urusniaga pelaburan Tun Razak Exchange (TRX) yang meragukan.
1MDB-1024x731Sementara itu, ketika 1MDB terus menghantui negara, Najib baru-baru ini melancarkan projek pembangunan mega, Bandar Malaysia hasil kerjasama China.
Perjanjian Bandar Malaysia sebelum ini disebut sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB bagi tujuan mengurangkan hutang firma pelaburan negara itu.
Namun, Mahathir berkata, dua skandal berkenaan menimbulkan persoalan terhadap kredibiliti Najib mengurus tadbir negara pada tahap yang lebih baik.
“Skandal ini tidak pernah berlaku sebelum Najib menjadi Perdana Menteri tetapi sebenarnya tidak menjadi masalah jika negara tidak membangunkan 1MDB.
“Begitu juga Bandar Malaysia, kalau nak dibangunkan pun biar diberi kepada syarikat tempatan,” katanya.

Top Picks

MOH stands by decision to amend Medical Act — Dr Dzul

Anwar returns Khazanah chairmanship allowance, reiterates stand to forgo PM salary

Lima ’25 to be held May next year, emphasises innovation, competitiveness