Selangor Journal

Gempa bumi kuat 6.4 magnitud gegar Aceh

INDONESIA 7 DIS: Gempa bumi kuat 6.4 magnitud melanda perairan wilayah Aceh di utara Sumatera, awal pagi ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa pada kedalaman 10 kilometer (km) di utara Reuleuet pada jam 5.03 pagi waktu tempatan.
Menurut beberapa laporan media antarabangsa terdapat beberapa bangunan yang roboh akibat gegaran kuat itu.
gempa-achehAceh pernah menerima bencana susulan tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004.
Dalam penilaian awalnya, USGS berkata gempa terbaharu berkenaan kemungkinan tidak membawa kerosakan dan kecederaan.
Pada Jun lalu, gempa 6.5 magnitud yang melanda barat Sumatera menyebabkan banyak bangunan rosak manakala lapan cedera.
=EZY=

Top Picks

Road collapse in southern China kills 36, state media reports

Editor Selangor Journal

AirAsia Cambodia takes off, set to boost country’s tourism

Editor Selangor Journal

J&J advances RM30 bln settlement of talc cancer lawsuits