Selangor Journal

Tanah Runtuh: Kerajaan Negeri peruntuk RM5 juta bina jalan

OLEH ERMIZI MUHAMAD
SERENDAH, 29 NOV: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi tujuan pembaikan keseluruhan kejadian runtuhan tanah di Taman Idaman, di sini.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembaikan merangkumi kerja pembinaan semula jalan utama di sekitar lokasi kejadian.
“Kerajaan Negeri bersetuju membiayai pembinaan semula jalan raya utama yang melalui jalan dalam dan luar dengan anggaran kos RM5 juta.
“Pihak perbendaharaan negeri menyediakan peruntukan tersebut dan apabila laporan JKR Selangor dikeluarkan, operasi pembinaan jalan baru itu terus disegerakan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas mengadakan lawatan ke tapak lokasi kejadian runtuhan tanah pagi ini.
img_9214Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin memaklumkan pihaknya dimaklumkan menerima hasil laporan keseluruhan kejadian dalam tempoh 48 jam.
“Laporan ini tertakluk kepada keperluan laporan kajian. Namun saya menjangkakan dalam keadaan biasa laporan boleh dikeluarkan dalam tempoh 48 jam kepada pihak berkuasa negeri.
“Berdasarkan laporan itu juga akan diputuskan sama ada kawasan kejadian ini benar-benar selamat untuk didiami atau sebaliknya,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritenden R Supramaniam memaklumkan sepasukan teknikal daripada Unit Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden runtuhan tanah, pada Sabtu lalu.
=EZY=

Top Picks

Landslide: Selangor Sultan, Tengku Permaisuri offer condolences to victim’s families

Editor Selangor Journal

Experts tell parents to worry about effects of Covid-19, not vaccine, on their children

Editor Selangor Journal

Taman Templer community, teens to get 500 vaccine doses this Sunday

Editor Selangor Journal