Selangor Journal

Flood victims reduced in Selangor, increased in Pahang

OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 30 JAN: Mangsa banjir di Selangor yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Sabak Bernam berkurangan kepada 92 orang, setakat jam 11 pagi tadi.
Menurut portal bencana, ia berkurangan berbanding 210 tengah hari, semalam.
Katanya, 29 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sabak Bernam daripada jumlah itu.
Banjir sabakManakala di Kuantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan kembali meningkat kepada 5,595 orang dari 1,503 keluarga berbanding 5,460 orang dari 1,454 keluarga, malam tadi.
Ia diikuti Pekan dengan 1,108 mangsa dari 292 keluarga, Maran 928 (270 keluarga), Bera 782 (184 keluarga), Jerantut 403 (156 keluarga), Lipis 90 (24 keluarga) dan Rompin 82 (21 keluarga).
Di Johor pula, banjir semakin pulih dengan bilangan mangsa semakin menyusut kepada 1,780 orang pagi ini berbanding 1,880 pada jam 8.00 malam tadi.
Manakala, di Kelantan, keadaan banjir pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan terakhir yang menempatkan 14 mangsa dari dua keluarga di Kuala Krai ditutup, pada jam 1.00 tengah hari semalam.
-NFN-

Top Picks

Revised remuneration scheme ‘best ever’ in country’s history — Anwar

PM wants more women in top civil service posts

Editor Selangor Journal

Dual 5G network implementation a matter of time — Minister